TEACHER'S

HOS




Nama : Aznil Hj.Nawawi

Jawatan : Hos

Tanggungjawab

Beliau telah diamanahkan untuk memikul tugas sebagai hos untuk Tirai, Diari, Konsert dan Debat Akademi Fantasia. Ini merupakan kemunculan beliau yang kelima untuk Akademi Fantasia.

Pencapaian

Aznil merupakan antara personaliti TV paling digemari oleh penonton Malaysia. Aznil memulakan kerjayanya di hadapan kamera pada tahun 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan penyiaran TV3.

Beliau melibatkan diri bersama hampir semua stesen tv tempatan. Pop Kuiz merupakan rancangan hiburan pertama pengacaraan beliau yang menjadi titik permulaan pembabitannya dalam dunia pengacaraan. Selain menjadi hos untuk Juara Lagu, Anugerah Skrin, APM dan terkini Akademi Fantasia. Pengacara Melodi terbitan TV3 selama setahun sebelum menandatangani kontrak secara eksklusif bersama ASTRO pada Oktober 2004 dan dilantik Perunding Kreatif Astro dan Pengacara TV ASTRO.

Beliau telah memenangi Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pengacara TV Popular empat tahun berturut-turut sejak 2003, Pemenang Anugerah Khas Media Hiburan 2004 dan Anugerah Sri Angkasa 2004 dan 2005 bagi kategori Pengacara TV Terbaik. Terkini, menerusi program Macam Macam Aznil, beliau telah terpilih sebagai Pengacara TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2004. Program Macam Macam Aznil sendiri telah memenangi anugerah Rancangan Hiburan TV Terbaik. Di Asian Television Award 2005 di Singapura, rancangan tersebut telah terpilih sebagai Rancangan Bual Bicara Terbaik. Rancangan kendalian beliau Macam Macam Aznil telah terpilih sebagai Rancangan Hiburan Terbaik di Anugerah Skrin 2006.





TEACHER'S




Nama : Roslan Aziz

Jawatan : Pengetua

Tanggungjawab

Pengetua merupakan kedudukan tertinggi dalam senarai carta organisasi dalam Akademi Fantasia. Sebarang keputusan mengenai masalah disiplin dan akademik terletak di tangannya.Sebagai Pengarah muzik pula, beliau bertindak menyusun semula lagu dan membantu pelajar dalam mencorakkkan persembahan.

Pencapaian

Pernah menjadi penerbit untuk artis terkemuka tanahair seperti Sheila Majid dan Zainal Abidin, Amir Yusoff, Prema, Zubir Ali dan yang terkini ALI (gabungan Roslan Aziz & Mukhlis Nor). Turut menjadi pengasas Roslan Aziz Production (R.A.P) syarikat rakaman tempatan yang pertama yang mengorak langkah dan seterusnya mencipta nama di peringkat antarabangsa seperti Indonesia, Jepun, Eropah dan Amerika Selatan.

Pernah menerima Anugerah Album Terbaik di AIM 1995 & 1996 untuk album Gamal & RATU. Album Emosi pula telah dinobatkan AlbumTerbaik di Indonesia dalam acara Anugerah BASF. Pada tahun 2002 beliau telah dinobatkan sebagai 'Most Promosing Producer' di Music Producers Awards di Amerika Syarikat. Pada tahun 2005 beliau bertindak sebagai pengarah muzik untuk Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall dan pada tahun 2006 menjadi pengarah muzikal untuk Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

Trivia

Terkenal dengan kejujuran beliau memberikan komen terhadap peserta program realiti tv dalam setiap persembahan mingguan mereka.





Nama : Adnan Abu Hassan

Jawatan : Tenaga Pengajar

Tanggungjawab

Membimbing para pelajar dalam mendapatkan
lenggok suara yang betul.Juga membantu mereka
mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa
mengikut penyanyi sedia ada.

Pencapaian

Beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda jurusan 'Professional Music' dari Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat. Adnan Abu Hassan memainkan peranan penting dalam perkembangan industri muzik di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sejak dari tahun 1984. Ketika itu beliau bertindak sebagai Pensyarah di UiTM, Pengurus A&R (CBS Records), Pengarah Urusan Happy Records dan Suria Records, Pengarah, A&R BMG Music dan Delima Records. Kini beliau telah dilantik sebagai Pengetua dan Pengarah untuk Jam Music Centre, Produser dan Komposer Album dan turut bertindak sebagai Pengarah Kreatif untuk Jam/Treeman Corporation.

Dengan kepakaran dan bimbingannya dalam bidang muzik lahirlah artis-artis seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar. Tahun 2003 merupakan tahun bertuah kepada Adnan Abu Hassan di mana beliau berjaya menjuarai kategori Lagu Terbaik di Juara Lagu TV3 menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta dendangan Misha Omar.Kini bergelar Pengarah Urusan untuk SRD Villa Record.

Trivia

Beliau merupakan Guru Persembahan Vokal untuk Akademi Fantasia musim 1, 2 dan 3.





Nama : Dr. Azahari Othman

Jawatan : Tenaga Pengajar

Tanggungjawab

Beliau ditugaskan untuk memberi motivasi kepada pelajar AF dari segi mental & fizikal. Beliau juga merupakan orang yang akan memberi keyakinan dan perangsang apabila pelajar menghadapi masalah.

Pencapaian

Pernah menjadi perunding motovasi untuk Akademi Fantasia 3. Beliau merupakan pengasas, CEO & ketua jururunding BAREFOOT Associates Sdn Bhd. Beliau telah memperkenalkan 'The Barefoot Principle of Management by Love' yang secara meluas dipraktikkan dan diterima oleh banyak organisasi. Azahari juga dikenali sebagai 'Mr. Barefoot' dan merupakan speaker yang mempunyai stail yang tersendiri bila membuat penyampaian. Terkini, beliau terlibat sebagai speaker utama dalam pembentangan 'Management by love: Retaining K-Workers Towards Achieving Organizational Vision' di 9th International Federation Women Entrepreneurs (IFWE) dan di International Youth Leadership Seminar.

Ditugaskan sebagai panel jemputan untuk 'Internet TV Show ' yang disiarkan di 40 buah negara. Sering muncul juga dalam rancangan TV tempatan seperti Tanya Linda, Anita, Agenda dan Macam-Macam Aznil. Managing Director, Disaster Management Consulting Sdn. Bhd dan sorang pelatih korporat di 'Golden Hope Academy'.

Trivia

Dr.Love merupakan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ketiga dan kini kembali semula ke Akademi Fantasia musim kelima.





Nama : Fatimah Abu Bakar

Jawatan : Tenaga Pengajar

Tanggungjawab

Beliau ditugaskan membantu pelajar dalam
pengurusan dan penguasaan
pentas di dalam setiap persembahan.
Juga membantu pelajar mendalami
dan menghayati lirik serta cara-cara
penguasaan emosi dan pembinaan
karaktor di pentas nyanyian.

Pencapaian

Pemegang Ijazah dalam jurusan Komunikasi Masa dari UiTM, Fatimah Abu Bakar ialah seorang penulis ruangan Life & Times di akhbar Inggeris tempatan New Straits Times. Beliau juga pernah berlakon teater dan antara teater lakonannya ialah Tun Kuda, Orang Ketiga Belas, Ribut, 1984 Then & Now dan Killing of Sister George. Selain daripada itu beliau juga berlakon dalam drama-drama televisyen antaranya Cengkaman, Percayalah Maria, Politikus, Teksi dan Karma Miranda.

Fatimah turut terlibat dalam pembentukan watak-watak filem untuk artis-artis yang membintangi filem seperti Ringgit Kasorga, Layar Lara, Mimpi Moon, Sara dan Embun. Begitu juga terlibat dalam penerbitan drama televisyen antaranya Mencari Zuriah, Ladang dan Insurgensi. Beliau turut membintangi filem Cinta dengan memegang salah satu peranan utama sebagai Rubiah.

Trivia

Beliau merupakan tenaga pengajar untuk Akademi Fantasia musim pertama hingga ketiga dan kembali meneruskan jawatan pertamanya untuk Akademi Fantasia musim kelima.





Nama : Linda Jasmine Hashim

Jawatan : Tenaga Pengajar

Tanggungjawab

Selain mengajar pelajar asas gerakan tarian, beliau akan bertanggungjawab membantu pelajar untuk melakukan persembahan di khayalak ramai.



Pencapaian

Setelah empat musim bersama Akademi Fantasia, bakat dan kredibiliti yang ada pada Linda Jasmine memungkinkan beliau kembali sebagai Guru Koreografi pada musim ini. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang tarian ballet klasik, moden dan tarian 'tap' dari Royal Academy of Dance (RAD) di England dan merupakan seorang yang berpengalaman luas mengadakan persembahan di dalam dan luar negara. Wajah kacukan beliau juga sering menjadi penghias iklan-iklan komersil dan juga penghias muka depan majalah-majalah popular tempatan seperti Glam, Radiance, Mingguan Wanita, Rapi dan sebagainya.

Berkongsi dengan Juara Akademi Fantasia 1, Vince, beliau menaburkan pengalamannya untuk generasi baru dengan membuka Linda Jasmine Performing Arts Studio yang mengendalikan kelas-kelas tarian, vokal dan drama selaku Pengetua dan Pengarah Urusan.Kini meneruskan usahanya membimbing bintang-bintang AF 1, 2, 3 dan 4 di studio miliknya.

Trivia

Linda Jasmine merupakan tenaga pengajar yang kekal bersama Akademi Fantasia untuk musim pertama hinggalah sekarang.




Nama : Syafizawati Sharif

Jawatan : Tenaga Pengajar

Tanggungjawab

Membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam melakukan persembahan.

Pencapaian

Menerima pendidikan asas dalam bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Beliau kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan dan telah lulus dengan cemerlang Diploma Seni Muzik (Major Vokal dan Susunan) pada tahun 2001. Memiliki Gred 8 Vokal (ABRSM) pada tahun 2000 dari UK, Gred 8 Piano dan Gred 8 Teori Muzik dari institusi yang sama di UK. Beliau menjurus kepada Latihan Vokal, Piano, Teori Muzik/Susunan Harmoni/Sebutan Lirik (Bahasa German, Itali dan Perancis) dan Latihan Koir. Beliau turut menyumbangkan suara beliau untuk Konsert Sharifah Aini, Teater Rubiah, album Sheila Majid dan persembahan bangsawan. Beliau turut menyumbangkan ilmu muziknya bersama Classicomm Vocal Center dan Kementerian Pendidikan serta jurulatih vokal untuk Nurul, Rabbani dan Amy Mastura.

Masih meneruskan usahanya mendidik bintang-bintang Akademi Fantasia 1-4. Kini bertugas sebagai Guru Muzik & Koir di Kolej Tunku Ja'afar. Turut ditugaskan sebagai Penasihat Koir bagi 'Malaysian Youth Orchestra & Choral Group' yang bakal mewakili Malaysia untuk 'Bonyi Muzik Festival di Brisbane'.

Trivia

Kembali semula sebagai Guru Teknikal Vokal untuk Akademi Fantasia musim kelima setelah menyumbangkan tenaganya untuk Akademi Fantasia musim keempat.




Nama : Jasmi Rejab

Jawatan : Tenaga Pengajar

Tanggungjawab

Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkenaan penampilan dan fesyen kepada pelajar. Bekerjasama menghasilkan fesyen yang sesuai untuk pelajar di Konsert AF.

Pencapaian

Mendapat Ijazah dari Universiti Teknologi MARA dalam bidang rekaan Seni Rekaan Fesyen. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Kreatif Lim Kok Wing. Sering menjadi finalis dalam pertadingan rekaan fesyen seperti di Anugerah Benang Emas Jelita, Rekacipta Pesona Pengantin Nona dan The Star Designer Award di KL Fashion Week.

Turut menerima Anugerah 'Best Casual Denim Designer' tajaan Levi's dan menjadi Naib Johan untuk 1st 'Asean Young Fashion Designer Contest di Singapore Fashion Week 03'. mendapat pengiktirafan 'Country Award 7th Brother Cup China International Young Fashion Designer Award, Beijing, China' pada tahun 1999. Kini bertugas pensyarah sambilan di 'Fashion Academy of Creative Technology'.

Trivia

Ini merupakan kali pertama Perunding Imej diperkenalkan di dalam Akademi Fantasia.

No comments:

Google